Kes Saman Najib Terhadap Liong Sik Dicadang Guna Mediasi

Diterbitkan: Isnin, 11 Januari 2016 1:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menasihatkan kes saman fitnah yang difailkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bekas menteri Kabinet, Tun Dr Ling Liong Sik diselesaikan secara mediasi.

Peguam yang mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun ketika bercakap kepada pemberita berkata, hakim Mahkamah Tinggi, Justice John Louis O'Hara telah merujuk perkara itu kepada mediasi.

Mohd Hafarizam berkata, pihak berkenaan perlu memaklumkan hakim pada 18 Februari ini bagi pengurusan kes seterusnya sekiranya proses mediasi gagal.

Najib memfailkan saman fitnah terhadap Ling di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Oktober tahun lalu.

Dalam saman itu, Najib mengatakan bahawa sebuah portal berita pada 3 Oktober tahun lepas telah menerbitkan sebuah artikel yang menyatakan bahawa Liong Sik telah membuat kenyataan fitnah terhadap beliau semasa menghandiri satu majlis di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman.

Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan pada 27 Oktober tahun lalu, Najib memohon ganti rugi dan perintah injuksi untuk menghalang Liong Sik daripada terus bercakap atau menerbitkan atau menyebabkan menyiarkan sebarang perkataan berunsur fitnah yang seumpamanya terhadap beliau.

Perdana menteri turut memohon perintah supaya Liong Sik mengeluarkan permohonan maaf secara bertulis.


iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan