Wanita Filipina Mengaku Tidak Salah Memperdagang Budak Perempuan

Diterbitkan: Ahad, 10 Januari 2016 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang wanita Filipina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memperdagang seorang kanak-kanak perempuan berasal dari Sabah, sejak 2011 hingga 2013.

Estrellita Tabanao Padilla, 55, yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) negara ini, dituduh bersama seorang lelaki, Jasrin Yakin, 28, memperdagang kanak-kanak 12 tahun itu (pada 2011) terbabit dengan cara melakukan aktiviti buruh paksa.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Jalan Jayamas 9, Taman Jaya Mas, di sini sejak 15 Januari 2011 hingga 17 Mei 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM500,000, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawar terhadap tertuduh yang ditahan di Pasir Mas, Kelantan 5 Januari lepas dan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 15 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-- Bernama


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan