'Selamatkan Ampang Park, Ia Ada Nilai Sejarah'

Diterbitkan: Sabtu, 9 Januari 2016 10:06 AM

Peguam Datuk Edward Ng Boon Siong (tengah) menjawab pertanyaan media berkenaan bantahan merobohkan kompleks beli-belah Ampark Park ketika sidang media di Mahkamah Tinggi, Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 39 pemilik strata dan penyewa di pusat beli-belah Ampang Park pada Jumaat memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar kelulusan yang diberikan Kementerian Wilayah Persekutuan dan tiga yang lain berhubung pengambilan tanah bagi projek Mass Rapid Transit (MRT) Lembah Klang Jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.

Mereka yang mewakili 62 pemilik strata dan penyewa, selaku pemohon memfailkan permohonan itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Jason Ng and Partners dengan menamakan kementerian itu, Kerajaan Malaysia, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Pentadbir Tanah WPKL sebagai responden.

Dalam permohonan itu, kesemua pemilik strata dan penyewa terbabit memohon deklarasi bahawa Borang D bertarikh 17 Ogos 2015 dan Borang E bertarikh 22 Okt 2015 Akta Pengambilan Tanah 1960 yang dikeluarkan responden adalah tidak berperlembagaan, menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Mereka juga memohon diberi kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi satu perintah certiorari untuk membatalkan kelulusan tersebut.

Selain itu, kesemua pemohon turut memohon prosiding bagi tanah itu termasuk keputusan dan award untuk pengambilan tanah digantung serta-merta sehingga semakan kehakiman selesai.

Sementara itu, pada sidang berita di lobi mahkamah, Timbalan Pengerusi Persatuan Kebajikan Peniaga-Peniaga Kecil Ampang Park Wan Kamal Izuddin Wan Kassim berkata majoriti pemilik strata bersetuju bekerjasama dengan kerajaan bagi membolehkan landasan kedua MRT dan terowong yang menyambungkan stesen S16 MRT bersama stesen LRT Ampang Park dibina di bawah kawasan bangunan pusat beli belah itu.

"Kami harap pihak pengurusan MRT memegang kenyataan mereka bahawa pusat beli belah Ampang Park tidak dirobohkan. Tiada alasan lain yang perlu dibuat untuk merobohkan bangunan pasar raya pertama di Malaysia ini," katanya.

Beliau berkata terdapat 253 pemilik lot perniagaan di pusat beli-belah Ampang Park yang dibina oleh Low Keng Huat Brothers Realty Sdn Bhd pada 1973 dan memberi laluan bagi pewujudan kompleks beli-belah di negara ini.
Tags / Kata Kunci: Ampang Park , MRT , pemilik strata

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan