Kes Bunuh Kevin Morais Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 7 Januari 2016 1:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes tujuh lelaki termasuk seorang doktor tentera yang didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, hari ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Majistret Siti Radzeah Kamarudin memindahkan kes itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa mengemukakan surat izin pihak pendakwa kepada mahkamah bagi kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Abdul Razak ketika ditemui pemberita berkata tarikh baharu sebutan kes akan ditetapkan Mahkamah Tinggi.

Enam lelaki iaitu G. Gunasekaran, 43; R. Dinishwaran, 23; A. Thinesh Kumar, 22; M. Vishwanath, 25; S. Nimalan, 22; dan S. Ravichandaran, 34, didakwa  membunuh Kevin yang dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya Sentul ke No. 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya antara jam 7 pagi dan 8 malam pada 4 Sept 2015.

Pakar Patalogi Kolonel Dr. R. Kunaseegaran, 52, pula didakwa bersubahat dengan enam lelaki itu membunuh Kevin di tempat, tarikh dan pada masa yang sama.

Kunaseegaran didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca  bersama-sama Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala enam lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Peguam M. Manoharan dan P. Rajagopal mewakili keeenam-enam lelaki berkenaan  sementara Datuk S. Sivananthan mewakili Kunaseegaran manakala Datuk Simon Sabapathy bertindak sebagai peguam pemerhati bagi adik bongsu mendiang, Datuk Richard Dilaan Morais.

Semalam, Mahkamah Majistret Petaling Jaya memindahkan kes seorang mekanik yang didakwa bersubahat dengan enam lelaki itu membunuh Kevin, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mayat Kevin, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept tahun lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 Sept dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Tags / Kata Kunci: Kevin Morais

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan