Kes Mekanik Subahat Bunuh Kevin Morais Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Rabu, 6 Januari 2016 2:11 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini memerintahkan kes seorang mekanik yang didakwa bersubahat membunuh mendiang Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Aziz Musa.

Tertuduh A. Murugan, 44, diwakili peguam R. Thirukumaran manakala Datuk Simon Sabapathy peguam pemerhati bagi pihak adik mendiang, Datuk Richard Dilaan Morais.

Abdul Razak ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata tarikh baharu  sebutan kes akan ditetapkan Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk dibicarakan bersama tertuduh lain dalam kes itu.

Pada 28 September tahun lepas, Murugan didakwa bersubahat dengan enam lelaki membunuh Kevin di Desa Mentari di sini antara 9.30 pagi dan 8 malam, 4 September tahun lepas.

Sementara itu, Dr Kolonel K. Kunaseegaran, 52, pula didakwa bersubahat dengan enam lelaki itu iaitu G. Gunasekaran, 47, R. Dinishwaran, 23, A. Thinesh Kumar, 22, M. Vishwanath, 25, S. Nimalan, 22, dan S. Ravi Chandaran, 44, membunuh Kevin.

Enam lelaki dan doktor tentera itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 28 September tahun lepas dan esok (7 Januari) merupakan tarikh sebutan kes itu.

Kunaseegaran yang merupakan Ketua Makmal Patologi, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Wangsa Maju sebelum digantung tugas itu dan Murugan, didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca mengikut Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Enam lelaki itu didakwa atas pertuduhan membunuh mangsa pada masa, tarikh dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 302 kanun tersebut, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman sama.

Mayat Kevin, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 September tahun lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q. -- Bernama 


iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan