Gadis Tipu Diculik Akan Didakwa Beri Maklumat Palsu - Berita Mahkamah | mStar

Gadis Tipu Diculik Akan Didakwa Beri Maklumat Palsu

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 10:46 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Gadis bawah umur yang terlibat dalam kes penculikan palsu akan didakwa di Mahkamah Klang, Rabu, kerana memberikan maklumat palsu di bawah Seksyen 196 Kanun Keseksaan.

Nur Amirah Atirah Abdul Majid, yang mendakwa dirinya telah diculik, didapati telah mengada-adakan cerita kerana mahu menghabiskan masa dengan seorang lelaki yang ditemuinya sebulan lalu.

Gadis dari Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang itu ditemui bersama teman lelakinya yang berusia 19 tahun di dalam keretanya di hadapan sebuah stesen minyak di Banting Khamis lalu selepas dia dikatakan telah hilang sejak Ahad.

Ibunya, yang berusia 33 tahun, Asmah Mamai memohon maaf di laman Facebooknya berhubung kejadian itu.

Tahanan reman polis terhadap teman lelakinya dan rakannya berusia 45 tahun telah dilanjutkan selama dua hari lagi sehingga Rabu.

"Kami telah menyiapkan kertas siasatan dan mengemukakannya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya," kata Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat.

"Polis telah mencadangkan supaya suspek utama yang berusia 19 tahun didakwa dengan penculikan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan, manakala rakannya sebagai saksi dalam kes itu.

"Kita akan tahu sama ada mereka akan didakwa pada Rabu di mahkamah Klang," kata Mohd Yusoff.
Tags / Kata Kunci: laporan palsu , kes culik , Nur Amirah Atirah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan