Bekas Tentera Saman Menteri Pertahanan Dan Tiga Lagi Tuntut RM13 Juta

Diterbitkan: Selasa, 5 Januari 2016 5:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang ditamatkan perkhidmatan selepas mengalami masalah mental berikutan dicederakan rakan seniornya, memfailkan saman terhadap menteri pertahanan dan tiga lagi bagi menuntut ganti rugi RM13 juta.

Mohd Islahuddin Abdul Razak, 29, bersama bapanya Abdul Razak Baharum, 55, memfailkan saman itu pada 1 Oktober tahun lepas melalui Tetuan Azah Mahbob  and  Nur Ilham di Mahkamah Tinggi Sivil, di sini.

Mereka menamakan menteri pertahanan, panglima Angkatan Tentera Malaysia, panglima TUDM dan Komander Pangkalan Udara Labuan, sebagai defendan pertama sehingga keempat.

Peguam Noor Azah Mahbob, yang mewakili Mohd Islahuddin dan Abdul Razak, memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 8 Januari ini untuk mendengar permohonan defendan-defendan bagi membatalkan saman itu.

Hari ini kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif pertama mendakwa pada 11 November, 2009, dia telah dicederakan dan dianiaya oleh seorang anggota senior yang mengakibatkan gegendang telinga kanannya cedera parah.

Mohd Islahuddin, yang diterima masuk dalam TUDM pada 13 Ogos 2008 dengan pangkat Laskar Udara II dan ditempatkan di Pangkalan Udara Labuan, mendakwa  dicederakan atas sebab kesalahan berkaitan urusan tugas dan tatacara pemakaiannya semasa bertugas.

Katanya dia sekali lagi dicederakan seorang rakan senior yang lain pada 25 November tahun sama menyebabkan gegendang telinga kirinya cedera parah.

Dia kemudiannya membuat aduan berhubung kejadian itu dan selepas dibicarakan di Mahkamah Tentera, anggota senior pertama itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan mahkamah melucutkan kekananan pangkatnya dan mengarahkannya membayar RM3,000 kepada plaintif.

Bagi anggota senior kedua yang mengaku tidak bersalah pula, mahkamah menjatuhi hukuman lima bulan tahanan di pusat tahanan tentera di akhir perbicaraan kes.

Mohd Islahuddin mendakwa selepas kejadian itu, dia disahkan doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan bahawa dia mengalami trauma, masalah mental dan kemurungan teruk sejak 20 Julai, 2010.

Akhirnya, dia diberhentikan daripada TUDM selepas sidang Lembaga Perubatan Pemberhentian memutuskan dia tidak layak dalam perkhidmatan tentera kerana mengalami masalah kesihatan mental yang serius.

Oleh itu Mohd Islahuddin menuntut gantirugi RM13 juta kerana ditamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan itu kesan daripada kejadian dicederakan dua anggota senior berkenaan, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan