Pengusaha Kedai Cuci Kereta Didakwa Keluar Kata Kesat Terhadap Pegawai JPJ

Diterbitkan: Khamis, 31 Disember 2015 1:07 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang pengusaha kedai cuci kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Khamis atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Batu Uban, di sini.

Syed Amen Jainul Abdin, 45, didakwa melakukan perbuatan itu dengan tujuan mengaibkan Asymal Mansur, 41, di luar lobi JPJ cawangan Batu Uban, di sini pada 4.45 petang, 26 November lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee menawarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh, namun peguam Rosli Ismail yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan anak guamnya memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.

"Tujuan jaminan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah. Saya telah memastikan anak guam saya hadir ke mahkamah pada hari ini dan saya ingin menegaskan bahawa dia boleh hadir ke mahkamah. Jadi, jaminan yang minimum adalah sepadan," kata Rosli.

Majistret L. Uma Devi kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

Akhbar pada Rabu melaporkan rakaman video seorang lelaki yang berang menimbulkan kekecohan di pejabat JPJ itu menjadi viral selepas dikongsi semula di beberapa laman sosial antaranya Facebook.

Video berdurasi empat minit itu memaparkan dia sedang naik angin selepas mendakwa tidak boleh memperbaharui cukai jalan keretanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pengusaha kedai cuci kereta , mahkamah , JPJ

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan