Mahkamah Syariah Punyai Kuasa Eksklusif Kes Tukar Agama

Diterbitkan: Rabu, 30 Disember 2015 7:43 PM

Indira Gandhi

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 pada Rabu memutuskan pengesahan penukaran agama tiga kanak-kanak oleh bapa mualaf mereka, enam tahun lepas hanya boleh ditentukan oleh Mahkamah Syariah. 

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, mengetuai panel tiga hakim yang dianggotai Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Dr Badariah Sahamid, memutuskan perkara berkaitan Islam, isu agama dan sama ada seseorang itu beragama Islam, adalah di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

"Kami berpendapat perkara berkaitan (penukaran agama) adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah," kata Balia dalam keputusan majoriti dan sependapat dengan beliau adalah Badariah manakala Hamid Sultan menentang. 

Panel itu membuat keputusan selepas membenarkan rayuan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan dua yang lain, kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan serta bapa mualaf, Muhd Riduan Abdullah, yang sebelum ini dikenali sebagai K. Patmanathan.

Keenam-enam perayu itu mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membatalkan sijil penukaran agama ketiga-tiga anak Muhd Riduan.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi Muhd Riduan hak penjagaan ketiga-tiga anaknya itu selepas beliau menukarkan agama mereka kepada Islam yang ketika itu berusia 12 dan 11 tahun serta 11 bulan.

Sekarang mereka berusia 18, 17 dan tujuh tahun. Mahkamah Tinggi Sivil Ipoh juga mengisytiharkan bahawa perintah hak penjagaan itu adalah tidak sah dan batal kerana Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi perintah hak penukaran agama.

"Berdasarkan enakmen itu dan selepas mendengar hujah dan kes yang dirujukkedua-dua pihak, kami membenarkan rayuan dan mengetepikan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh. Kami tidak mengeluarkan perintah mengenaikos," kata Balia.

Hamil Sultan, dalam keputusan yang menentang berkata keseluruhan proses penukaran agama ketiga-tiga kanak-kanak itu terbatal daripada awal.  Beliau berkata di bawah enakmen itu, seseorang yang mahu memeluk Islam mesti mengemukakan permohonan sendiri, harus mengangkat sumpah dan mengucap dua kalimah syahadah.

Beliau berkata kanak-kanak itu harus mengemukakan permohonan untuk penukaran agama dengan kebenaran bapa mereka, tetapi dalam kes ini permohonan dibuat oleh bapa mereka.

Hamil Sultan berkata situasi di Malaysia adalah kabur kerana pendekatan berbeza oleh mahkamah berhubung isu penukaran agama, dan ia tidak akan dapat diselesaikan selagi hakim tidak mempertimbangkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.

"Pada pandangan saya, keseluruhan proses sijil penukaran agama oleh Pendaftar Mualaf adalah terbatal dari awal dan tidak kena mengena dengan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Sivil," katanya.

Di luar mahkamah, Indira, 40, yang menangis memberitahu pemberita beliau sangat kecewa dengan keputusan itu.

"Kes ini berlarutan tujuh tahun dan saya masih tidak dapat keadilan di Malaysia. Saya mahu meneruskan hidup saya dengan anak-anak. Mereka anak saya tetapi saya tidak mempunyai petunjuk apa yang akan berlaku kepada mereka,"katanya.

Peguam Indira, M. Kulasegaran berkata beliau akan mendapatkan perintah anak guamnya sama ada untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Peguam Hatim Musa, yang mewakili Muhd Riduan berkata ia adalah keputusan terbaik di peringkat ini dan ia juga akan terpakai di negeri lain dengan undang-undang yang sama berhubung penukaran agama dan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Persatuan Peguam Syarie Malaysia berkata keputusan hari ini membuktikan bahawa penukaran agama kanak-kanak adalah sah di sisi undang-undang. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan