Kes Bunuh Tapah: Mahkamah Majistret Benarkan Dua Beranak Direman Sehingga 5 Feb

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2015 1:53 PM

Mahkamah Majistret Ipoh sebelum ini membenarkan mekanik berusia 57 tahun (kiri) dan anak lelakinya berumur 20 tahun (kanan) ditahan reman sehingga 29 Dis ini berhubung kes pembunuhan empat individu di sebuah bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mahkamah Majistret di sini Selasa melanjutkan tahanan reman selama 38 hari lagi terhadap mekanik dan anak lelakinya dalam kes pembunuhan empat individu di bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah.

Perintah lanjutan tahanan reman bermula esok, terhadap dua beranak itu dikeluarkan Majistret Suhaima Mohd Noor di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Dua beranak itu sebelum ini ditahan reman selama 21 hari yang berakhir Selasa bagi membantu siasatan di bawah akta sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Suffian Jaafar memohon perlanjutan tahanan reman terhadap kedua-dua suspek berusia 57 tahun dan 20 tahun bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut.

"Permohonan melanjutkan tempoh reman kedua-dua suspek adalah untuk melengkapkan kertas siasatan dan perbuatan yang dilakukan suspek telah mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada penduduk setempat," kata Mohamad Suffian.

Dua beranak itu yang tiba di mahkamah dengan kereta polis pada 8.45 pagi dengan kawalan ketat polis sebelum dibawa ke lokap Balai Polis Tapah pada 10.53 pagi.

Pada 26 Oktober lepas, polis menahan empat suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada pukul 1.30 tengah hari susulan laporan kehilangan mangsa lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat sini pada 25 Ogos lepas. - Bernama

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan