Dana Yapeim: Akmal Nasir Nafi Fitnah Jamil Khir

Diterbitkan: Selasa, 29 Disember 2015 5:06 PM

Akmal Nasir.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah National Oversight and  Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir menafikan beliau memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk membiayai pemergian menteri itu ke luar negara.

Dalam kenyataan pembelaannya yang dihantar kepada media hari ini, Akmal berkata kenyataan beliau berhubung dana itu dibuat di bawah perlindungan bersyarat kerana kata-kata yang beliau ucapkan bertujuan menyuarakan isu kepentingan awam serta yang menjadi kebimbangan orang ramai.

Dalam kenyataan yang difailkan Isnin, Akmal berkata sebagai orang awam, beliau mempunyai tugas dari segi moral dan sosial untuk menyampaikan aduan, manakala orang ramai pula berminat untuk mendapatkan maklumat itu secara sah.

Katanya, beliau mengeluarkan kata-kata itu bagi menyuarakan pandangan dan komen orang ramai secara adil tentang suatu perkara kepentingan awam dan kenyataan yang beliau keluarkan itu adalah benar dan merupakan fakta.

Pada 19 November lalu, Jamil Khir menyaman Akmal (atau Nasrullah Mohd Akmal Mohd Nasir), yang juga ketua publisiti PKR Johor, kerana memfitnah beliau ketika Akmal memberi kenyataan kepada media dan melalui laman sesawang NOW pada 13 November.

Mahkamah Tinggi menetapkan 12 Januari sebagai tarikh pengurusan kes. - BERNAMA 


Tags / Kata Kunci: NOW , Yapeim , Akmal Nasir , Jamil Khir Baharom

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan