Pengarah Perhilitan Johor Didakwa Curi Sumbu Badak Milik Muzium Diraja Johor

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2015 7:58 PM

Sumbu badak milik Muzium Diraja Johor. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, petang Isnin atas tuduhan mengambil sumbu badak milik Muzium Diraja Johor, Oktober lalu.

Yusof Shariff, 46, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Tertuduh didakwa mengambil sumbu badak yang disimpan di bahagian hadapan Muzium Diraja Johor, Bangunan Sultan Ibrahim tanpa kebenaran sah pada 19 Oktober lepas pada jam 2.30 petang.

Yusof, yang baharu sahaja bertukar dari Terengganu ke negeri ini Ogos lalu, didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri di Balai Polis Johor Jaya setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Hakim menetapkan 31 Januari sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Rahimah Abdul Majid manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Hanif Hassan.

Pada 25 Disember, tertuduh ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan, dekat sini, pada 9 malam selepas dipercayai mencuri sumbu badak berusia lebih 100 tahun milik Muzium Diraja Johor, Oktober lepas. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan