Jurukimpal Dihukum Gantung Kerana Bunuh Wanita Mengandung

Diterbitkan: Isnin, 28 Disember 2015 4:21 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita mengandung lima bulan, tiga tahun lepas.

Tertuduh, R. Lingeswaran, 24, didakwa membunuh E. Vally, 23, di Lot 1251, Juara Engineering (M) Sdn Bhd, Batu 19, Jalan Rawang-Batu Arang Rawang, Gombak, dekat sini antara pukul 11.30 malam, 4 Julai 2012 hingga sebelum pukul 3.30 petang, 5 Julai tahun sama.

Tuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Ketika hukuman dibacakan, Lingeswaran hanya berdiam diri namun ibu serta bapanya yang hadir di dalam mahkamah kelihatan terkejut dan menangis dengan keputusan itu.

Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim mengeluarkan perintah itu setelah mendapati pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh untuk mensabitkan tertuduh dengan kesalahan berkenaan.

"Pihak pembelaan juga gagal menimbulkan keraguan munasabah dan dengan ini tertuduh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati," katanya ketika membaca penghakiman tersebut.

Sebanyak 14 saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang perbicaraan kes berkenaan.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Selangor, Wong Poi Yoke dan tertuduh diwakili peguam, N. Logen.

Tags / Kata Kunci: Mahkamah , Hukuman Gantung

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan