Pegawai Veterinar Didakwa Pukul Isteri Diarah Bela Diri

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2015 1:49 PM

Mohammad Affandi.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang pegawai veterinar yang didakwa menyerang isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta, diperintahkan oleh Mahkamah Majistret di sini supaya membela diri.

Majistret Mohd Fitri Sadarudin memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohammad Affandi Ismail.

Mohammad Affandi, 38, dari Jerantut, Pahang didakwa mendatangkan kecederaan kepada isterinya secara sengaja di Hospital KPJ, Bandar Perda kira-kira pukul 4 petang pada 12 Ogos 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Mohammad Affandi menunjukkan isyarat bagus kepada jurugambar yang merakamkan gambarnya sebelum memasuki mahkamah.

Berpakaian formal dengan memakai blazer hitam, dia dilihat tersenyum hampir setiap masa.

Terdahulu, peguamnya, R.Palaniappan dan Timbalan Pendakwa Raya, Kamaliza Md Zain memberikan hujahan lisan di hadapan mahkamah.

Mohd Fitri menetapkan 18 dan 19 Februari 2016 untuk memanggil Mohammad Affandi membela diri dan 24 Februari bagi penghujahan bertulis.

Di luar mahkamah, isteri Mohammad Affandi, Siti Khadijah Ahmad Ramli, 39, mengucapkan terima kasih kepada pihak pendakwaan kerana membantu beliau menegakkan keadilan dan berharap proses mahkamah akan berjalan dengan lancar.

Tags / Kata Kunci: pukul , lif , hospital swasta

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan