Bekas Setiausaha Agung PSM Kemuka Representasi Tarik Balik Tuduhan Menghasut

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 3:51 PM

S.Arutchelvan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim Februari lepas, akan kemuka surat representasi ke Jabatan Peguam Negara supaya pertuduhan terhadapnya ditarik balik.

Peguam New Sin Yew yang mewakili Arutchelvan, 48, memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Amernudin Ahmad pihaknya akan menghantar surat itu sebelum 26 Januari depan.

Mahkamah menetapkan tarikh tersebut untuk pengurusan kes bagi mengetahui perkembangan representasi itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aznika Mohd Anas.

Arutchelvan didakwa menerbitkan satu penerbitan yang menghasut di laman sosial Facebook berhubung kenyataan akhbar beliau terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat II penasihat PKR itu di Pejabat Bahagian Siasatan Perundangan D5, Ibu Pejabat Kontinjen di sini pada 12 tengah hari 12 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan alternatif iaitu menggunakan perkhidmatan aplikasi internet dan secara sedar membuat dan memulakan pernyataan yang bersifat jelik di laman sosial Facebook dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, waktu dan hari sama mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tags / Kata Kunci: hasutan , S.Arutchelvan , PSM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan