Selebriti Singapura Mengaku Tidak Bersalah Lakukan Seks Luar Tabii, Ugut

Diterbitkan: Selasa, 22 Disember 2015 12:56 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Bekas chef selebriti Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Selasa atas dua pertuduhan iaitu persetubuhan di luar tabii dan membuat ugutan pada 10 Dis lalu.

Muhammad Mustaqim Juri, 38, didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa berusia 22 tahun di sebuah tempat letak kereta di Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi.

Dia juga didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan secara jenayah terhadap ibu mangsa berumur 47 tahun, di rumah mangsa pada hari yang sama di Taman Cempaka Tampoi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 April depan untuk sebutan semula kes.

Kes dibawa Timbalan Pendakwa Raya Syeela Marlina Uttaman manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Asram Zakaria.


Tags / Kata Kunci: Selebriti , Singapura , Seks Luar Tabii

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan