Sebutan Kes Tiga Lelaki Culik Kanak-Kanak Ditetapkan 5 Januari

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 12:45 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 5 Januari untuk sebutan semula kes tiga lelaki yang didakwa menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun bagi mendapatkan tebusan RM300,000, Oktober lepas.

Peguam Datuk Geethan Ram Vincent berkata pihak mahkamah telah memaklumkannya mengenai tarikh baharu itu.

"Namun mahkamah tidak beri alasan, sekadar maklum tarikh baharu sahaja," katanya yang mewakili tertuduh Siow Kek Keong.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada Isnin.

Tinjauan Bernama mendapati satu notis ditampal di luar Mahkamah Majistret 2 memaklumkan Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad yang mengendalikan kes itu sedang bercuti.

Pada 16 Oktober lepas, tiga lelaki termasuk seorang ahli perniagaan didakwa terhadap pertuduhan menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun bagi mendapatkan tebusan RM300,000, yang menjadi viral di laman sosial.

Siow, 44, yang menjalankan perniagaan percetakan, Riduansyah Yahya, 32, buruh warga Indonesia dan Mohd Saifulamry Jarkasi, 28, pemandu lori, didakwa dengan niat bersama menahan dan mengurung secara tidak sah kanak-kanak itu yang merupakan anak seorang kontraktor untuk mendapatkan wang tebusan RM300,000 di tepi Jalan Seroja bersebelahan rumah No.4, Taman Setia, Sungai Chua, di sini, pada 9.26 pagi, 9 Oktober lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh disebat, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kes culik , Kajang

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan