Mahkamah Rayuan Tolak Pendakwaan Jawi Terhadap Kassim Ahmad

Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 12:40 PM

Kassim Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memerintahkan bahawa fatwa yang dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan tidak terikat dengan rakyat di negeri lain.

Dalam memutuskan semakan kehakiman terhadap bekas aktivis politik, Dr Kassim Ahmad yang didakwa mengingkari fatwa, Hakim Vernon Ong Liam Kiat mendapati pertuduhan tersebut sebagai bukan satu kesalahan kerana ia hanya digunapakai penduduk di Wilayah Persekutuan.

"Hakikatnya, dia seorang penduduk Kedah, secara jelas beliau tidak diwajibkan untuk mematuhi sebahagian fatwa yang dikeluarkan Wilayah Persekutuan," kata Ong.

Mereka membenarkan rayuan Kassim untuk mencabar tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menahan dan mendakwanya.

Kassim memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 26 Jun tahun lalu dengan menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Ibrahim Deris; JAWI dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Beliau memohon untuk mendapatkan perintah membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie pada 27 Mac tahun lalu yang mendakwanya atas dua pertuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Kassim diwakili peguam Rosli Dahlan manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bertindak bagi pihak semua responden.


Tags / Kata Kunci: Kasssim Ahmad , Jawi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan