Wanita Hamil, Suami Didakwa Edar Dadah

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 1:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LANGAT: Seorang wanita yang sedang mengandung dan suaminya didakwa mengedar sebahagian daripada 11 kilogram (kg) dadah di Mahkamah Majistret Telok Datok di sini.

Nadiah Rahmat dan suaminya, Muhammad Lukman Mohamad, masing-masing berusia 26 tahun, menghadapi dua pertuduhan mengedar dadah di rumah mereka di Bandar Mahkota Banting pada 7 Disember kira-kira pukul 6.45 petang.

Nadiah dari Machang, Kelantan dipercayai hamil lima bulan.

Lukman pula berasal dari Jerteh, Terengganu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 38B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh dan tiada ikat jamin ditawarkan.

Majistret Marsilawati Mohamad Shah menetapkan 29 Januari ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.




Tags / Kata Kunci: dadah , wanita hamil

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan