Wanita Dan Tiga Rakan Didakwa Edar Dadah

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 4:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan mengedar kanabis seberat tiga kilogram.

Shazlina Azlin Mat Daud, 36, dituduh melakukan kesalahan itu di Nombor 1, Tingkat 18, Blok N, Seri Maya Condo, Jalan Jelatek 2, Ampang, pada 9.30 malam, 7 Disember lepas.

Shazlina Azlin yang diwakili peguam Haijan Omar didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Izwan Mohd Nor. 

Di mahkamah lain, Shazlina Azlin didakwa bersama tiga rakannya, Azhariza Zakaria, 39, Zaki Mohd Ali, 34, dan Norihan Ali, 36, terhadap pertuduhan mengedar kanabis seberat 2.6 kilogram.

Mereka yang bekerja sendiri dituduh melakukan kesalahan tersebut pada tempat, masa serta tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zulyana Zollkapli.

Zaki dan Norihan diwakili peguam Khairul Amin Abdullah manakala Azhariza tidak diwakili peguam.

Di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suraiya Mustafa Kamal pula, Shazlina Azlin mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memiliki kanabis seberat 140 gram dan 105 gram di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, dan tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kesemua kes itu, Mahkamah Majistret dan Sesyen menetapkan 19 Januari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dilakukan Nurakmal Farhan Aziz.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Edar dadah , hukuman mati

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan