Curi Beg Warga Amerika, Pemandu Teksi Dipenjara Tiga Bulan

Diterbitkan: Jumaat, 18 Disember 2015 7:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi yang mencuri beg kecil berisi wang tunai berjumlah RM28,000 milik warga Amerika terpaksa meringkuk di dalam penjara selama tiga bulan selain perlu membayar denda RM5,000. 

Tertuduh, Mahindar Singh Karnail Singh, 48, belum sempat pun menggunakan wang dan kad kredit yang dicurinya itu ketika dia ditangkap empat hari lalu.

Hukuman dijatuhi Majistret Muhamad Faizal Ismail setelah pemandu teksi itu mengaku bersalah di Mahkamah Majestret hari ini atas tuduhan mencuri beg berkenaan berisi pelbagai barangan termasuk wang asing US$6,500 (RM27,904.50) serta lima kad kredit milik Rance Thomas Pow, 54.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di perkarangan lobi Hotel Mandarin Oriental, Jalan Pinang, Dang Wangi, di sini, pukul 7 pagi, 13 Disember lepas dan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum menurut akta sama membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 14 Disember lepas dan jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjara lima bulan.

Muhamad Faizal menolak permohonan peguam Nurul Fatihah Abdul Ghani yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi kerana tiada keadaan khas untuk penangguhan itu.

Mengikut fakta kes, mangsa menyedari kehilangan beg kecil di dalam beg sandangnya di dalam teksi milik Mahidar ketika beliau mendaftar keluar dari hotel menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Mangsa kemudian berpatah balik ke bilik hotel untuk mencari beg berkenaan namun gagal menemuinya dan mengesyaki ia telah dicuri lalu beliau membuat laporan polis.

Berikutan itu, Mahindar Singh ditahan polis di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) dan setelah pemeriksaan dijalankan, beg kecil itu ditemui di dalam almari di rumahnya.

Dalam rayuan, peguam tertuduh memohon mahkamah meringankan hukuman terhadap anak guamnya kerana perlu menanggung keluarga dan menjaga bapanya yang sakit selain tidak langsung menggunakan duit serta kad kredit yang tersimpan di dalam beg kecil itu.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh memandangkan mangsa adalah pelancong yang datang ke negara ini.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Curi beg pelancong asing

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan