Ucapan Berbaur Hasutan, Muhammad Safwan Didenda RM5,000

Diterbitkan: Rabu, 16 Disember 2015 4:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Safwan Anang@Talib untuk  mengetepikan hukuman penjara 10 bulan kerana memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramahnya dua tahun lepas.

Hakim Mohd Azman Husin sebaliknya menggantikan hukuman penjara kepada denda RM5,000 terhadap Muhammad Safwan, 26, yang kini seorang guru al-Quran di sebuah institusi.

Mahkamah turut memerintahkan dia dipenjara dua tahun jika gagal membayar denda tersebut.

Mohd Azman berkata rayuan terhadap sabitan ditolak, namun mahkamah mendapati hukuman penjara adalah tinggi dengan mengambil kira faktor usia Muhammad Safwan ketika itu masih muda serta sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Pada 5 Sept 2014, Muhammad Safwan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramahnya.

Dia didakwa memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan kemarahan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.

Muhammad Safwan didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebaik mendengar keputusan, Muhammad Safwan melemparkan senyuman kepada isteri yang mendukung bayi lelakinya berusia tiga bulan.

Dalam keputusannya, Mohd Azman berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan intipati dan elemen pertuduhan terhadap Muhammad Safwan.

Selain itu, pembelaan gagal membuktikan keraguan terhadap kes pihak pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Yasser Mohd Nasri, manakala peguam Ariff Azami Hussein dan Noorazmir Zakaria mewakili Muhammad Safwan.

Tags / Kata Kunci: Mahkamah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan