Cederakan Warga Emas: Penghantar Surat Didenda RM1,700 - Berita Mahkamah | mStar

Cederakan Warga Emas: Penghantar Surat Didenda RM1,700

Diterbitkan: Isnin, 14 Disember 2015 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat didenda RM1,700 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencederakan seorang warga emas berusia 85 tahun, Sabtu lepas.

T. Tarumacanan, 24, didakwa mencederakan Seto Harn@Seto Han dengan menumbuk muka sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian mata kiri mangsa di No. 50 Jalan Helang Laut, Kepong Baru, Kepong, Sentul di sini pada 9 pagi, 11 Disember lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin turut memerintahkan Tarumacanan dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa menumbuk warga emas itu selepas mangsa enggan menerima dan menandatangan ke atas satu dokumen dari pejabat peguam yang dihantar tertuduh.

Ketika rayuan, peguam Vincent Chew Zi Xian yang mewakili Tarumacanan, memohon hukuman ringan berbentuk denda kerana anak guamnya mengaku bersalah atas pertuduhan itu selain telah insaf dengan perbuatannya itu.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya memandangkan mangsa seorang yang tidak berdaya hendak melawannya selain mengambil kira faktor kepentingan awam. -- Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan