Bersih 4.0: Maria Chin Mohon Batal Pertuduhan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 2:25 PM

Maria Chin Abdullah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur Perhimpunan Bersih 4.0 Maria Chin Abdullah pada Jumaat memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan berhubung penganjuran perhimpunan itu, di Mahkamah Tinggi di sini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Honey Tan Lay Ean, yang mewakili Maria, 59, ketika kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Tan turut memohon penangguhan prosiding kes itu sementara menunggu pendengaran di Mahkamah Tinggi selesai dan ia tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.

Mahkamah kemudiannya merekodkan permohonan itu dan menetapkan 29 Februari tahun depan untuk pengurusan kes.

Maria, yang juga Pengerusi Perhimpunan Bersih 2.0, didakwa sebagai penganjur gagal memberi notis pemberitahuan kepada polis Daerah Brickfields, di sini 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan itu di hadapan kompleks beli-belah NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini antara 2 petang hingga 3 petang, 29 Ogos lepas, yang melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Tan ketika ditemui pemberita berkata anak guamnya memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan itu atas alasan ia tidak berpelembagaan dan terbatal.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan