Bapa Mengaku Tidak Bersalah Cabul Anak Kandung

Diterbitkan: Jumaat, 11 Disember 2015 2:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat atas pertuduhan mencabul anak kandungnya berusia tujuh tahun, bulan lepas.

Tertuduh, seorang pemandu lori didakwa melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak perempuan itu di sebuah rumah di Cheras, di sini antara 6.30 pagi hingga 3 petang, pada Nov lepas.

Tertuduh, yang berusia 39 tahun didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Majistret Muhamad Faizal Ismail, bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana penjamin tidak hadir ke mahkamah.

Mahkamah juga menetapkan 26 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Tags / Kata Kunci: Cabul

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan