Kes Bunuh Tapah: Dua Beranak Direman 21 Hari Mengikut Poca

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 11:20 AM

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Mekanik dan anak lelakinya yang merupakan suspek utama kes pembunuhan empat individu di bengkel kenderaan di Jalan Pahang di sini, dibebaskan pada Selasa tetapi ditahan semula untuk siasatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Goh Kok Liang berkata suspek berumur 57 tahun dan 20 tahun itu akan direman selama 21 hari mulai esok untuk disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 Pindaan 2012.

"Mereka akan direman esok selama 21 hari bagi menyiapkan siasatan bagi tujuan tindakan di bawah POCA (Akta Pencegahan Jenayah)," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata suspek dibebaskan atas nasihat Ketua Unit Pendakwaan Perak Yusaini Amer Abdul Karim susulan laporan ahli kimia tidak dapat mengesan DNA mangsa daripada serpihan tulang serta barang-barang lain yang dihantar untuk dianalisis.

"KUP (Ketua Unit Pendakwaan) menasihatkan pihak polis supaya meneruskan siasatan. Polis akan meneruskan siasatan sewajarnya," katanya.

Di Mahkamah Majistret Tapah, suspek yang berpakaian lokap dengan diiringi beberapa anggota polis dibebaskan kira-kira pukul 8.30 pagi ini susulan tempoh tahanan reman mereka sebelum ini berakhir hari ini.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek ditahan semula dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

Pada 26 Okt lepas, polis menahan empat suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada pukul 1.30 tengah hari susulan laporan kehilangan mangsa lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat sini pada 25 Ogos lepas.

Dua lagi suspek iaitu isteri dan anak kepada mekanik itu yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan, dibebaskan tanpa syarat pada 2 Dis lepas setelah didapati mereka tiada kaitan dengan pembunuhan itu.

Tags / Kata Kunci: Tapah , Poca

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan