NFCorp: Pertuduhan Ditarik Balik Kerana Tidak Cukup Bukti

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 8:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara menarik balik pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta terhadap Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail kerana tidak cukup bukti.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata pihaknya juga telah mempertimbangkan representasi oleh peguam mewakili Mohamad Salleh untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya.

"Kami juga mempertimbangkan representasi oleh peguamnya dan selepas meneliti representasi tersebut, ia mempunyai justifikasi," katanya kepada pemberita semasa ditanya berhubung pembebasan Mohamed Salleh daripada pertuduhan itu.

Beliau ditemui pemberita telepas melancarkan buku bertajuk "Criminal Litigation Process" yang ditulis oleh peguam dan pensyarah Datuk Baljit Singh Sidhu.

Mohamed Apandi turut menegaskan pihak pendakwaan perlu mengemukakan 90 peratus bukti sebagai penanda aras sebelum seseorang tertuduh didakwa di mahkamah.

"Kalau sudah didakwa, kalau sudah semak kes, kurang bukti, pertuduhan akan ditarik balik," kata beliau.

Peguam Negara berkata beliau mematuhi penggunaan bukti 90 peratus seperti diamalkan oleh bekas ketuanya dahulu (Peguam Negara), Tan Sri Abu Talib Othman.

Mohamed Apandi berkhidmat di Jabatan Peguam Negara semasa Abu Talib menjadi Peguam Negara dari 1980 hingga 1993.

Pada 24 November lalu, Mohamad Salleh dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan pecah amanah dan dua pertuduhan berkaitan menyalahgunakan dana syarikat.

Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad Salleh, supaya anak guamnya dibebaskan sepenuhnya dan bukan dilepas tetapi tidak dibebaskan daripada pertuduhan.

Pada 12 Mac, 2012, Mohamad Salleh, 66, yang juga pengarah NFCorp mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian daripada pembelian dua unit kondominium di kompleks One Menerung di Kuala Lumpur.

Mohamad Salleh dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Islamic Bank Bhd di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, antara 1 dan 4 Disember 2009.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memindahkan dana RM40 juta melalui satu keping cek NFCorp ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd, syarikat yang beliau dan seorang daripada anaknya ialah pemilik syarikat, antara 6 Mei dan 16 November 2009.

Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menggunakan dana syarikat tanpa mendapat kelulusan mesyuarat agung tahunan NFCorp, untuk membiayai sebahagian daripada pembelian unit-unit kondominium.

Perbicaraan bermula pada 23 Jun, 2014 dengan pihak pendakwaan memanggil saksi pertamanya.

Bagaimanapun, perbicaraan ditangguhkan selepas peguam mengemukakan surat representasi kepada Peguam Negara supaya pertuduhan digugurkan.

Pada 28 Ogos, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Mohamad Salleh terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonannya bagi pertuduhan digugurkan, dan memerintahkan kes dijalankan semula di Mahkamah Sesyen. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: NFCorp , Mohamad Salleh Ismail

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan