Najib Kemuka Bantahan Terhadap Artikel Harakah

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan bantahan terhadap 20 artikel lain yang digunakan oleh Harakah dan Harakahdaily dalam kes saman beliau terhadap kedua-dua pihak berhubung isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib berkata mahkamah memerintahkan pihaknya supaya memaklumkan mengenai bantahan itu kepada peguam mewakili Harakah dan Harakahdaily sebelum 21 Dis ini.

"Beliau (hakim) memberikan kami dua minggu untuk menulis kepada mereka berhubung bantahan terhadap ketidakrelevanan artikel berkenaan," katanya kepada pemberita selepas bertemu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng di dalam kamarnya di sini.

Mahkamah menetap 8 Jan tahun hadapan untuk pengurusan kes.

Sementara itu, peguam Muhammad Faiz Fadzil yang mewakili Harakah dan Harakahdaily, memaklumkan pihaknya akan meminta peguam mewakili Najib supaya mengenal pasti artikel berkenaan.

Artikel-artikel itu berkaitan isu 1MDB yang diterbitkan di laman portal dan juga blog.

Najib memfailkan saman pada 18 Mac tahun ini dengan menamakan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya, sebagai defendan.

Saman itu membabitkan penerbitan artikel yang ditulis Rosli pada 19 Feb berkaitan isu dana 1MDB.

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan bahawa beliau menyalah guna dana 1MDB.

Oleh itu, kata beliau, penerbitan artikel itu menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam dalam media sosial dan media massa.

Najib turut mendakwa Taufek gagal mengamalkan 'kewartawanan bertanggungjawab' dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulisnya sebelum menerbitkan artikel itu.

Perdana menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu bagi meneruskan agenda tersendiri untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta injunksi untuk menghalang defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan semula artikel berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Harakah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan