Bunuh Sosilawati: Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Mati Empat Lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2015 12:23 PM

Sosilawati ketika hayatnya sememangnya terkenal dengan produk kecantikan NV yang diusahakannya.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan hukuman mati terhadap empat lelaki kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya, lima tahun lepas.

Keempat-empat lelaki itu ialah bekas peguam, N. Pathmanabhan, 45, dan pembantu ladang T. Thilaiyalagan, 23, R.Matan, 24, serta R. Kathavarayan, 35.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali, dalam keputusan sebulat suara, memutuskan bahawa sabitan terhadap mereka adalah kukuh.

Penghakiman dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat. Turut bersidang bersama panel itu ialah Hakim Datuk Seri Zakaria Sam.

Mereka menolak rayuan keempat-empat lelaki itu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 Mei 2013 yang mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, dan menjatuhi hukuman mati terhadap mereka.

Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. 

Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka dikatakan pergi ke Banting berhubung urus niaga jualan tanah.

Kehilangan mereka menjadi tajuk utama akhbar tempatan di seluruh negara.

Keempat-empat lelaki itu ditahan dan didakwa di mahkamah pada 2011.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Sosilawati Lawiya , Banting , Mahkamah Rayuan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan