Pernyataan Palsu: Pengarah, Pengurus Syarikat Genneva Diperintah Bela Diri

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 4:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan dua pengarah dan seorang pengurus Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd membela diri terhadap pertuduhan membuat penyataan palsu dalam sebuah laman web berhubung penjualan emas berlandaskan syariah, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut memerintahkan syarikat yang diwakili ketiga-tiga mereka, membela diri terhadap pertuduhan sama.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepaskan dan membebaskan kesemua mereka tanpa perlu dipanggil membela diri.

Dalam prosiding itu, Mohd Azman berkata pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap dua pengarah iaitu Datuk Tan Liang Keat, 43, Datuk Philip Lim Jit Meng, 57, dan Ahmad Khairuddin Ilias, 57, sebagai pengurus syarikat tersebut.

Mohd Azman berkata berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, mahkamah mendapati intipati dalam pertuduhan berjaya dibuktikan terhadap ketiga-tiga mereka dan menunjukkan laman web tersebut adalah milik syarikat itu.

Katanya keterangan saksi turut menunjukkan bahawa laman web yang beroperasi dari 16 Feb 2012 sehingga 1 Jun 2013, boleh diakses oleh orang ramai tanpa kata laluan dan tidak mengikut hukum syariah. 

"Sehubungan itu, mahkamah berpendapat bahawa kesemua mereka wajar dipanggil bela diri dan keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini diketepikan," kata hakim itu dan memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen serta menetapkan 13 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Pada 27 Ogos 2014, Mahkamah Sesyen di sini melepaskan dan membebaskan tanpa dipanggil bela diri ketiga-tiga mereka dan syarikat yang diwakili peguam Chong Kak Sen daripada pertuduhan tersebut, di akhir kes pendakwaan. 

Mengikut pertuduhan, Tan dan Lim mengaku tidak bersalah membuat penyataan palsu dalam iklan di laman web www.gennevaworld.com.my berhubung penjualan emas berlandaskan syariah.

Bagi pertuduhan ini, mereka yang merupakan orang kena saman (OKS), didakwa melakukan kesalahan itu di 52A-1, Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama di sini antara 16 Februari dan 1 Oktober 2012.

Mereka didakwa mengikut Sesyen 18(1) Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 21(b) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Aida Mastura Mohamed Aman.

-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan