Dua Lelaki Didakwa Terlibat Pengubahan Wang Haram

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 4:44 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM1 juta tahun lepas.

Pemandu pelancong S.Robert, 48, menghadapi enam pertuduhan mengeluarkan RM746,400 daripada satu akaun Bank CIMB milik Mesna Medical Supplies.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa CIMB Bank Berhad di Puchong, Selangor antara 25 Jun dan 4 Julai 2014.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Jan 2016 untuk sebutan semula kes.

N.Narendran, 35, yang bekerja sendiri menghadapi empat pertuduhan menerima RM728,000 yang dimasukkan ke akaun simpanan CIMB Bank Berhad miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Bandar Puteri, Puchong, Selangor antara 25 Jun dan 3 Julai 2014.

Hakim Rushan Lutfi membenarkan tertuduh diikat jamin RM160,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Jan untuk sebutan semula kes.

Beliau turut mengarahkan Narendran menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman manakala Robert dan Narendran diwakili peguam B. Sivaruben.

Tags / Kata Kunci: Pengubahan Wang Haram , Mahkamah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan