Bom Ikan: Lelaki Ditahan Selepas Kebumikan Jasad Anak Lelaki Tanpa Laporan

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 10:33 PM

Kejadian bom ikan yang menyebabkan kanak-kanak berusia enam tahun maut dan empat yang lain cedera.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki yang mengebumikan anak lelakinya berusia enam tahun yang terbunuh akibat terkena letupan bom ikan di Semporna semalam tanpa membuat laporan polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan selepas menerima maklumat orang awam mengenai kematian kanak-kanak itu di sebuah rumah setinggan atas air di Kampung Hidayat di Pulau Bum-Bum.

Polis telah mendapat perintah mahkamah untuk menggali semula kubur mangsa bagi tujuan bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata kejadian pada Rabu, sembilan anggota dari satu keluarga cuba memasang perkakas bom ikan dan ketika memasangnya ia tiba-tiba meletup.

Menurutnya empat anggota keluarga mengalami kecederaan dan mereka telah melarikan diri kerana dipercayai tidak memiliki kad pengenalan diri.

"Siasatan awal menunjukkan bom ikan itu meletup secara tiba-tiba ketika kanak-kanak lelaki itu cuba mencampaknya ke dalam air," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan