Anggota Komando Didakwa Miliki Penerbitan Berkaitan Militan

Diterbitkan: Selasa, 1 Disember 2015 11:14 AM

(Ubah saiz teks)

PARIT: Seorang anggota komando dari Kem Sungai Udang, Melaka didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki sehelai kemeja T yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan I.S pada November lepas.

Mohd Abu Haliff Shah Abu Bakar, 28, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Kampung Baru, Mukim Lambor Kiri, Bota pada kira-kira 1.30 tengah hari 12 Nov lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda, dan boleh dilucut hak mana-mana item terbabit, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Mohd Fitri Sadarudin menetapkan 6 Jan depan untuk sebutan semula dan mendengar permohonan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistina Qamarul Abrar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tags / Kata Kunci: Militan , Komando

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan