Remaja Perempuan Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Bapa

Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 5:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan, yang sebelum ini dilaporkan menikam leher bapanya menggunakan pisau, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis terhadap pertuduhan mencederakan lelaki itu.

Lum Kar Yee, 18, yang masih belajar, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor. 

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mencederakan Lum Su Hai, 45,di No. 47, Jalan 10/2B, Taman Desa Bakti, Sentul di sini pada pukul 10.30 pagi 22 November lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya R.Siamalah menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun peguam Farhan Read mewakili Kar Yee memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan tertuduh adalah pesalah muda.

Farhan turut memohon anak guamnya dihantar ke hospital untuk pemeriksaan mental mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah. 

Majistret Nur A'minahtul Mardiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin selepas dia selesai menjalani pemeriksaan mental dan menetapkan 11 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki berusia 45 tahun nyaris maut akibat ditikam di bahagian leher oleh anak perempuannya, yang dipercayai marah kerana hubungannya dengan seorang gadis lain tidak direstui.

Tags / Kata Kunci: Remaja Perempuan tikam bapa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan