Pengerusi NFCorp Bebas Tuduhan Pecah Amanah

Diterbitkan: Selasa, 24 November 2015 3:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini membebaskan Pengerusi Eksekutif, National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail daripada dua tuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Norshahidah Awang pada Selasa.

Pada 12 Mac 2012, Mohamad Salleh didakwa melakukan pecah amanah RM9,758,140 untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium dan memindahkan RM40 juta ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd pada 2009.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan