Ahli Perniagaan Sedia Jumpa Sabbaruddin Selesai Saman RM1.1 Bilion

Diterbitkan: Isnin, 23 November 2015 3:12 PM

J. Deepak Jaikishan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan J. Deepak Jaikishan mahu bertemu Tan Sri Sabbaruddin Chik untuk mencari penyelesaian yang mungkin bagi saman fitnah RM1.1 bilion yang dikemukakan terhadap bekas menteri itu yang didakwa membayangkan beliau sebagai seorang ahli perniagaan kontroversi.

Deepak telah menyaman Sabbaruddin, yang juga bekas pengerusi Bank Rakyat, dan pengarang Shahbudin Husin kerana fitnah berhubung pembayaran balik pinjaman bank.

Peguam Sabbaruddin, Adnan Seman berkata Deepak telah menemui Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera dalam kamarnya, mencadangkan pertemuan antara dua pihak untuk mengetahui sama ada sebarang penyelesaian dapat dicapai.


Adnan berkata beliau telah memaklumkan Hakim Vazeer Alam bahawa plaintif tidak memfailkan sebarang dokumen untuk perbicaraan yang dijadualkan selama tiga hari bermula 7 Disember.

Adnan berkata Isnin lepas, Mahkamah mengeluarkan arahan bahawa ia akan membatalkan tuntutan jika plaintif tidak memfailkan dokumen berkaitan selewat-lewatnya Khamis minggu lepas.

Beliau berkata Deepak hadir di mahkamah pada Jumaat dan berkata beliau mahu melantik peguam baharu bagi kes itu.

Dalam saman sivil itu, Deepak mendakwa Sabbaruddin telah memberikan bahan-bahan kepada penulis untuk penerbitan buku yang berunsur fitnah yang telah mencemarkan nama baiknya.

Antara lain, beliau berkata buku itu, yang diterbitkan oleh Special One Publication, membawa maksud bahawa beliau adalah seorang ahli perniagaan  tidak jujur yang ​​terlibat dalam skandal serta aktiviti-aktiviti jenayah seperti rasuah dan penipuan.

Deepak memohon ganti rugi RM1.1 bilion sebagai ganti rugi am kerana fitnah dan ganti rugi teruk yang akan dinilai oleh mahkamah.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan