Fitnah: Bekas Ketua Pemuda MIC P.Pinang Diperintah Bayar Ganti Rugi RM80,000

Diterbitkan: Jumaat, 20 November 2015 5:04 PM

Dhinagaran berbincang bersama peguamnya, K Kumarathiraviam di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan bekas Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang, J. Dhinagaran membayar ganti rugi RM80,000 kepada Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana memfitnahnya mengambil rasuah daripada seorang peniaga wanita.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azmi Ariffin turut memerintahkan Dhinagaran membayar kos RM25,000 kepada ahli majlis itu Ong Ah Teong berserta faedah sebanyak lima peratus.

Dalam penghakimannya Azmi berkata apa yang diperkatakan oleh Dhinagaran dalam sidang media masing-masing bertarikh 11 Januari dan 19 Januari 2013 sememangnya merujuk kepada plaintif (Ong) dan memfitnahnya.

Selain itu mahkamah mendapati keterangan defendan bahawa kenyataan yang dibuatnya adalah dalam keadaan perlindungan bersyarat, ia tidak boleh diterima pakai kerana defendan membuat kenyataan itu tanpa niat yang baik.

Azmi berkata keterangan yang diberi oleh defendan juga bersifat penafian atau difikirkan kemudian.

Pada Mac 2013, Ah Teong memfailkan saman terhadap Dhinagaran dengan mendakwa lelaki itu telah mengeluarkan kenyataan dalam sidang akhbar masing-masing pada 11 Januari dan 19 Januari 2013 kepada beberapa wartawan termasuk daripada The Star dan menyatakan Ah Teong terlibat dengan rasuah kerana menerima rasuah daripada orang awam menerusi satu artikel dalam laman web www.imagnews.com.my bertarikh 21 Disember 2012.

Artikel dalam laman web itu menyiarkan gambar yang secara jelas merujuk kepada tiga ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang kini dikenali MBPP, termasuk plaintif.

Menerusi pernyataan tuntutan pindaan itu, Ong berkata kenyataan yang dibuat Dhinagaran dalam dua sidang media itu telah menyebabkan dua artikel dikeluarkan dalam akhbar The Star bertajuk "Youth leader gathering facts to back graft claim" yang disiarkan pada 12 Januari 2013 serta artikel "I have proof, says Dhinagaran-MIC Man: CD shows councillor receiving bribe," diterbitkan pada 20 Jan tahun sama.

Ah Teong mendakwa pernyataan fitnah yang dibuat defendan sebagaimana dilapor dalam akhbar The Star bertarikh 12 Januari dan 20 Januari 2013 sememangnya merujuk kepada beliau.

Plaintif mendakwa kenyataan Dhinagaran dalam sidang media di samping rujukan defendan dalam artikel www.imagnews.com telah menggambarkan bahawa beliau terlibat dalam rasuah, seorang yang tidak bertanggungjawab serta tidak layak memegang jawatan umum sebagai ahli MBPP.

Oleh itu Ah Teong menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Sementara itu, Ah Teong ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memberitahu beliau berasa lega dengan kemenangan yang berpihak kepadanya dan menyifatkan keputusan itu telah membersihkan kembali namanya.

Dhinagaran pula berkata beliau akan memfailkan rayuan dalam tempoh terdekat.

Ah Teong diwakili peguam Simon Murali manakala Dhinagaran diwakili peguam K.Kumarathiraviam.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MBPP , J. Dhinagaran , Ong Ah Teong

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan