Mahkamah Tinggi Tolak Saman Lim Terhadap NST

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2015 1:42 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini menolak saman fitnah yang difailkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Timbalannya, Dr P. Ramasamy terhadap akhbar New Straits Times dan wartawannya, Predeep Nambiar.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azmi Ariffin pada Isnin memutuskan bahawa artikel bertajuk "Indian-interest group claims thugs interrupted meeting" yang disiarkan dalam laman web akhbar tersebut pada 4 Disember 2013 disifatkan sebagai bukan fitnah atau berniat jahat.

"Selepas mempertimbangkan hujah peguam yang mewakili plaintif dan defendan, mahkamah dapati artikel berkenaan tidak memfitnah plaintif dalam keadaan kes ini," katanya.

Beliau juga mengarahkan Lim dan Ramasamy membayar kos sebanyak RM100,000 kepada kedua-dua defendan berkenaan.

Dalam tuntutan saman tersebut, Lim dan Ramasamy secara bersama menuduh Predeep dan NST dengan sengaja, tidak betul dan berniat jahat menyebabkan artikel itu ditulis, dicetak dan diterbitkan.

NST dan Predeep diwakili peguam Leong Wai Hong manakala plaintif diwakili Datuk N Mureli.



Tags / Kata Kunci: NST , Lim Guan Eng , P.Ramasamy

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan