Pengerusi PKR Johor Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2015 2:46 PM

Hassan Abdul Karim.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Hassan Abdul Karim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, terhadap tiga pertuduhan menghasut pada Ogos tahun lalu.

Hassan yang diwakili peguam Michelle Yesudas didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Beliau dituduh mengikut Akta Hasutan kerana menerbitkan kenyataan menghasut membabitkan pentadbiran Selangor terdahulu serta menghina Sultan Selangor.

Hassan turut mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan alternatif yang dikenakan terhadapnya iaitu menggunakan internet untuk memuat naik mesej berkenaan.

Tertuduh didakwa memuat naik mesej menghasut berkaitan pentadbiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco serta Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika isu krisis pentadbiran Selangor pada Ogos tahun lalu.

Dia didakwa melakukan dua kesalahan itu pada 15 Ogos 2014 di Pejabat Perkasa, Shah Alam dan sekali lagi pada 10 Januari 2015 di Bukit Aman dengan memuat naik semua mesej berkenaan di laman Twitter.

Hakim Slamat Yahya membenarkan tertuduh dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin. 

Kes disebut semula pada 15 Disember ini.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan