Mahkamah Persekutuan Tangguh Keputusan Anwar Panggil Ramli Yusuff

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2015 11:57 AM

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin menangguhkan keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff bagi memberi keterangan berhubung insiden 'mata lebam' dalam prosiding semakan keputusan kes liwatnya.

Perkara itu diputuskan panel lima hakim diketuai Hakim Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin.

Pada Jun lalu, Anwar memfailkan permohonan itu bagi membuktikan dakwaan konspirasi politik dalam kes tersebut yang akan digunakan bagi semakan hukuman ke atas beliau bagi kes liwatnya terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh turut hadir pada prosiding berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , Ramli Yusuff , kes liwat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan