Dua Pegawai Kanan Imigresen Dibebaskan Hari Ini - Berita Mahkamah | mStar

Dua Pegawai Kanan Imigresen Dibebaskan Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2015 10:53 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pegawai kanan Jabatan Imigresen Perak yang ditahan Khamis lalu kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah dijangka dibebaskan pada Ahad apabila perintah tahanan reman berakhir.

Kedua-duanya yang menjawat jawatan tinggi di jabatan berkenaan dijangka dibebaskan tengah hari ini.

Mereka yang berusia 43 dan 47 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah masing-masing pada 2 pagi, 12 November lalu.

Keduanya disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Aktar SPRM 2009 kerana menerima dan bersubahat menerima rasuah daripada pemilik kelab karaoke di Sitiawan.

Dipercayai kedua-dua lelaki itu menerima RM7,000 daripada pemilik kelab itu sebagai balasan untuk tidak menahan pekerja tanpa permit di pusat hiburan itu.

Mereka juga dipercayai mendapatkan bayaran bulan RM10,000 bermula Januari 2016 untuk memastikan pekerja wanita itu tidak ditahan pihak berkuasa jabatan itu.

Perbuatan dua pegawai Imigresen itu terbongkar apabila pemilik pusat hiburan itu melaporkan kepada SPRM.

Tags / Kata Kunci: Imigresen , SPRM , Perak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan