Dadah: Hakim Tolak Permintaan Tambah Sebatan, Kurangkan Penjara

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 5:48 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang buruh yang mempunyai rekod kesalahan dadah ditegur hakim yang mengendalikan kesnya apabila dia meminta supaya hukuman penjara dikurangkan, manakala sebatan rotan ditambah selepas mengaku bersalah terhadap dua kesalahan memiliki bahan terlarang itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azmi Ariffin memberitahu Mohd Zaki Ismail, 39, bahawa dia seharusnya menjadikan hukuman penjara 12 bulan dan 10 sebatan ketika melakukan kesalahan memiliki ganja pada 2006 suatu iktibar.

"Sebatan adalah hukuman yang menyakitkan dan kamu sepatutnya bertaubat bukannya mengulangi kesalahan sama.

"Daripada hanya mengedar ganja sebelum ini, kamu kini terlibat dalam pengedaran heroin.

"Pada 2006, tempoh maksimum seseorang itu boleh dihukum penjara adalah 20 tahun dan undang-undang telah dipinda kepada hukuman penjara 30 tahun," katanya ketika menolak permintaan Mohd Zaki pada sesi mitigasi.

Mohd Zaki memohon supaya dipenjara enam tahun dan dikenakan lebih banyak hukuman sebat selepas mengaku bersalah memiliki 42.3 gram heroin dan 2.9 gram monoacetylmorphine di sebuah rumah di Jalan Padang Menora, Tasek Gelugor pada pukul 1.55 pagi, 25 Ogos tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengedar dadah, kesalahan yang membawa hukuman mati. Dia juga mengaku bersalah pada tuduhan kedua memiliki 173.07 gram ganja pada masa dan tempat sama.

Azmi menetapkan hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan rotan untuk pertuduhan kedua.

Hakim juga memerintahkan Mohd Zaki untuk menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh penahanannya.

Mohd Zaki yang berasal dari Tasek Gelugor diwakili K Simon Murali, manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Talib.


Tags / Kata Kunci: dadah , Mohd Zaki Ismail , Tasek Gelugor

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan