Anwar Nafi Wan Azizah Jadi Perantara Terima Wang Magnum

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 5:21 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan menerima RM60 juta daripada syarikat perjudian Magnum Corporation Bhd melalui beberapa orang perantaraan termasuk isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar yang memberi keterangan pada perbicaraan kes saman fitnah yang difailkannya terhadap Senator Datuk S. Nallakaruppan juga menafikan menerima wang tersebut beberapa kali secara tunai di pelbagai lokasi ketika masih berkhidmat sebagai menteri kewangan.

"Adalah tidak benar bahawa wang itu dihantar kepada saya atau penghantar-penghantar atas permintaan saya sendiri. Ini adalah fitnah jahat," katanya ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Nallakaruppan.

Anwar, 68, memfailkan saman tersebut pada 25 Ogos 2008, berhubung kenyataan Nallakaruppan, yang merupakan bekas pengarah eksekutif perhubungan awam Magnum, yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta", yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.

Beliau merupakan saksi pertama perbicaraan dan dibawa ke mahkamah oleh beberapa pegawai serta anggota penjara Sungai Buloh.

Muhammad Shafee: "Benar atau tidak bahawa wang itu diterima secara berperingkat-peringkat?."

Anwar: "Tidak benar."

Muhammad Shafee: "Saya cadangkan bahawa wang ini diberi dalam jumlah berbeza. Ada RM1 juta, RM2 juta, RM7 hingga RM10 juta setiap kali diberi?."

Anwar: "Saya tidak pernah terima."

Muhammad Shafee: "Saya cadangkan bahawa ada kalanya kamu menerima wang secara persendirian?."

Anwar: "Saya tidak terima."

Selain Wan Azizah, individu yang dinafikan menerima bagi pihak beliau termasuk isteri Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin adik angkat Anwar iaitu Sukma Dermawan dan bekas setiausaha politik Anwar iaitu Mohamad Ezam Mohd Nor.

Ketika Muhammad Shafee mencadangkan bahawa Anwar pernah menerima wang tunai bernilai jutaan ringgit di kawasan gelanggang tenis, Anwar sambil berseloroh berkata: "Tidak benar. Jika diterima di gelanggang tenis, teruk benar Menteri Kewangan."

Turut disenaraikan sebagai tempat menerima wang itu ialah di rumah kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri iaitu di Damansara pada ketika itu, serta di syarikat Magnum dan di apartment Tivoli, Bangsar milik ahli perniagaan Datuk T K Lim.

Anwar menafikan semua itu.

Sementara itu, ketika pemeriksaan semula oleh peguam N. Surendran yang mewakilinya, Anwar berkata Nallakaruppan bagaikan diserang histeria apabila tidak dicalon dalam pilihan raya kecil Ijok pada 2007.

"Dia (Nallakaruppan) marah betul macam diserang histeria sebab dia berharap sangat walau saya jelaskan alasan-alasan supaya bersabar," katanya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab bersambung 21 Mac tahun depan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan