Tukang Masak Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Penuntut Wanita UiTM

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 1:27 PM

Kejadian pada 2 Februari di Bukit Gantang yang mengorbankan pelajar UiTM akibat dikelar.

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Seorang tukang masak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penuntut wanita dengan mengelar leher mangsa di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang pada 2 Februari lepas.

Syarafi Abu, 25, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Nursyuhada Johari, 20, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar pada 11.55 pagi hari yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan menetapkan lima hari mulai 7 Mac 2016 untuk perbicaraan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan  pendakwaan akan memanggil 12 saksi.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh manakala Yusaini Amer turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: UiTM , tukang masak , Bukit Gantang

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan