Pemandu Van Tidak Mengaku Bersalah Angkut Rokok Seludup

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2015 1:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin terhadap tuduhan mengangkut barangan larangan import iaitu rokok putih yang ditaksir bernilai RM60,000 pada minggu lepas.

Tertuduh, Boo Gaik Kung, 39, didakwa melakukan perbuatan itu di Plaza Tol Kuala Terengganu Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Kampung Gemuruh dekat sini pada 1.20 pagi, 3 Nov lalu.

Ia melibatkan 3,750 karton rokok dengan keseluruhan 750,000 batang rokok jenama Astro dengan menggunakan sebuah kenderaan van jenis Toyota Hiace.

Tertuduh berasal dari Kuantan yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta yang sama.

Sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilainya dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan atau penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan kes disebut semula pada 8 Dis ini serta membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Nurliyana R. Azmi.

Tags / Kata Kunci: Rokok Seludup

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan