Kayangan Parking Saman MBAS RM46 Juta

Diterbitkan: Isnin, 9 November 2015 2:07 PM

Ahmad Hazery yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah dan Aizul Rohan Anuar hadir di Kompleks Mahkamah Alor Setar pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kayangan Parking Sdn Bhd (KPSB), pengendali perkhidmatan kutipan caj tempat letak kereta di Bandaraya Alor Setar memfailkan writ saman lebih RM46juta terhadap Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Hazery Che Din selaku plaintif memfailkan writ saman itu menerusi firma guaman Haniff Khatri pada 29 Okt lalu.

Ahmad Hazery yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah dan Aizul Rohan Anuar hadir di mahkamah hari ini untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar, Noorhidayah Mohd Saad.

Dalam pernyataan tuntutannya, Ahmad Hazery mendakwa pihaknya mengalami beberapa masalah selepas menandatangani perjanjian untuk menguruskan tempat letak kereta yang berada di bawah bidang kuasa MBAS pada 17 Mac lalu.

Antara lain, beliau mendakwa defendan iaitu MBAS menukar waktu operasi dan tempoh operasi, lewat membuat bayaran perkongsian kutipan kompaun, serta memendekkan masa operasi di bulan Ramadan.

Ahmad Hazery mendakwa MBAS selaku defendan tidak mengeluarkan kompaun terhadap pesalah yang meletak kereta secara salah di luar petak khas, dan kegagalan penguat kuasa MBAS melakukan kerja-kerja pelaksanaan.

Katanya, perkara-perkara tersebut menyebabkan KPSB menghadapi kerugian pendapatan teruk sehingga menjejaskan kemampuan plaintif untuk melaksanakan komitmen terhadap defendan sepertimana terkandung dalam perjanjian.

Satu surat daripada defendan bertarikh 28 Sept 2015 juga diterima pihaknya, menamatkan secara salah perjanjian tersebut dan menghendaki KPSB memberhentikan operasinya bermula 27 Nov 2015.

Oleh itu, plaintif terpaksa memfailkan writ saman bagi menuntut ganti rugi lebih RM46 juta.

Sementara itu, menurut Aizul, mahkamah menetapkan pengurusan kes kedua pada 14 Dis ini dan defendan perlu memfailkan dokumen penyata pembelaan.

Tags / Kata Kunci: MBAS , Saman

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan