Anggota Polis Ketiga Didakwa Terima Suapan Datuk

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anggota polis ketiga dihadapkan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam berhubung kesalahan menerima suapan bernilai RM12,000 daripada seorang kontraktor bergelar Datuk bagi melepaskan enam warganegara China daripada tahanan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi kenyataannya memberitahu, Sarjan Mejar Detektif Wong Shim Kuang, 57, dihadapkan di mahkamah pada Jumaat selepas gagal hadir pada 29 Oktober 2015 disebabkan faktor kesihatan.

Shim Kuang, yang berhadapan pertuduhan bersama dengan Lans Koperal Detektif Deneshkumar Jeganathan, 27, dituduh bersubahat dengan Koperal Roslinda Hamid, 48, untuk memperoleh suapan berjumlah RM12,000 daripada Datuk Ng Tong Chun dan wang tersebut kemudiannya diserahkan kepada Roslinda sebagai upah bagi melepaskan enam warganegara China dari tahanan polis, untuk siasatan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63.

Shim Kuang dan Deneshkumar yang bertugas di Bahagian Cawangan Khas, Balai Polis Klang Selatan dituduh melakukan kesalahan itu pada 24 Jun 2015, lebih kurang 2.10 petang di kawasan parkir Restoran Taman Rashna, Klang.

Mereka dituduh melakukan kesalahan tersebut di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 dandibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta SPRM 2009.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

SPRM Selangor melakukan siasatan sejak Jun susulan menerima aduan kewujudan meminta rasuah bagi melepaskan enam warganegara China yang bekerja di kelab malam.

SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dan Attfina Kamaruddin manakala Wong diwakili Wan Shahrizal Wan Ladin. 

Shim Kuang dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan 3 Disember 2015 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 29 Oktober 2015, Roslinda, yang berdepan dengan dua pertuduhan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan Deneshkumar dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Bagi pertuduhan pertama, Roslinda, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Balai Polis Klang Utara didakwa memperoleh suapan berjumlah RM12,000 daripada Tong Chun untuk dirinya melalui Shim Kuang dan Deneshkumar sebagai upah bagi melepaskan enam warganegara China daritahanan polis yang ditahan untuk siasatan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63.

Roslinda didakwa melakukan kesalahan itu pada 24 Jun 2015 lebih kurang 2.10 petang di kawasan parkir Restoran Taman Rashna, dalam Daerah Klang. Beliau dituduh di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Mengikut pertuduhan kedua, Roslinda, pada tarikh, masa dan tempat yang sama, dituduh memiliki satu cap berbunyi "DITERIMA; PEJABAT IMIGRESEN NEGERI SELANGOR; BAHAGIAN PENGUATKUASA" dan satu cap "Amirul Ariffin Lakimim, Pegawai Imigresen Tinggi KP22" bagi membuat suatu teraan, dengan niat supaya ia digunakan bagi melakukan pemalsuan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

Hakim Sabariah Atan membenarkan Roslinda diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan Deneshkumar dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Disember 2015 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tags / Kata Kunci: Wong Shim Kuang , rasuah , Shah Alam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan