Perunding Jualan Kereta Didakwa Sebabkan Kematian Teman Wanita - Berita Mahkamah | mStar

Perunding Jualan Kereta Didakwa Sebabkan Kematian Teman Wanita

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 3:15 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang perunding jualan kereta didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di sini pada Jumaat berhubung kematian teman wanitanya yang terjatuh di lereng Bukit Permai, Ampang, bulan lepas.

Sharminder Singh Christi Anthony, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Unaizah Mohd.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Jaspal Kaur Balbir Singh, 28, di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai, Ampang, di sini pada 12.15 malam, 30 Oktober lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz tidak menawarkan jaminan atas alasan ia merupakan satu kesalahan serius dan juga tertuduh berkemungkinan melarikan diri.

"Selain itu terdapat risiko tertuduh mengganggu saksi pendakwaan, kerana sebahagian saksi pendakwaan dikenali tertuduh, saya merayu mahkamah tidak membenarkan jaminan sehingga kes ini selesai," hujahnya.

Terdahulu ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah dia tidak sengaja melakukan perbuatan itu kerana keadaan konkrit yang licin semasa kejadian.

"Saya tidak berbuat apa-apa kerana konkrit itu licin, saya minta jamin, saya ada keluarga untuk tanggung, saya juga kehilangan orang yang saya sayang (mangsa)," katanya.

Tertuduh yang memakai kemeja lengan pendek berwarna kelabu juga berkata dia mempunyai dua orang anak berusia 11 dan lapan tahun hasil perkahwinan pertamanya yang kini dalam proses penceraian dan merancang untuk berkahwin dengan mangsa tahun hadapan.

Hakim Unaizah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 7 Disember untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita maut akibat terjatuh dari lereng bukit di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai selepas dipercayai bergaduh dengan teman lelakinya.

Hasil siasatan polis mendapati mangsa terjatuh dari ketinggian 26 meter dari lereng bukit tersebut.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan