Pengawal Keselamatan Didakwa Bunuh Pelajar Sekolah

Diterbitkan: Jumaat, 6 November 2015 11:23 AM

Intan Suraya Mawardi.

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Seorang pengawal keselamatan didakwa atas pertuduhan membunuh gadis berusia 17 tahun, Intan Suraya Mawardi di Mahkamah Majistret di sini.

Tertuduh, Tarmizi Yaakob yang memakai baju-T berlengan pendek berwarna kelabu, tiba di bangunan mahkamah dan dibawa terus ke lokap kira-kira pukul 8.15 pagi sebelum prosiding bermula pada pukul 10.05 pagi.

Tarmizi didakwa membunuh Intan Suraya antara pukul 7.30 pagi dan 7.30 malam di Flat Bandar Baru Perda, Teluk Kumbar, Bayan Lepas pada 25 Oktober lalu.

Pertuduhan itu dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Tarmizi berdepan hukuman mati sekiranya didapati bersalah.

Tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit menetapkan 13 Januari depan untuk sebutan kes sementara menunggu laporan DNA.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan