Bekas Polis Didakwa Sebabkan Cedera Parah Terhadap Bekas Isteri

Diterbitkan: Khamis, 5 November 2015 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada bekas isterinya, dua tahun lalu.

Khairul Anwar Razak, 30, didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada Sharifah Roba'ain Muhamad Nasir, 27, seorang surirumah, di sebuah rumah di Blok B-4-9, JKR 4696, Pulapol, Jalan Semarak, di sini pada pukul 4.45 petang, 7 April 2013.

Ketika kejadian, mangsa masih isteri tertuduh.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi menawarkan wang jaminan RM6,000 bagaimanapun peguam Rosmiza Embong yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah bahawa bekas polis itu tidak mampu membayar sebarang wang jaminan.

Majistret Muhamad Faizal Ismail kemudian menetapkan 13 Nov untuk sebutan semula kes.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Pulapol , Khairul Anwar Razak

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan